BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT




Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat  mula beroperasi  pada  tahun 1982.   Tapak asalnya adalah di bangunan pejabat kerajaan daerah Segamat, bersebelahan dengan Mahkamah Majistret Daerah (kini Balai Polis Cawangan Trafik), berhampiran Padang Dataran Segamat (dahulunya Padang Besar Segamat). 
Pada tahun 1990 pengurusan PPD Segamat berpindah ke sebuah bangunan bekas asrama pelajar Sekolah Menengah Tinggi, Segamat, di alamat Km. 2, Jalan Buloh Kasap, Segamat. Sepanjang beroperasi, pejabat ini telah ditadbir oleh beberapa orang pegawai pelajaran daerah. Pejabat Pelajaran Daerah Segamat pada mulanya diketuai oleh Pengelola Sekolah-Sekolah Daerah Segamat iaitu Tuan Haji Abdul Kahar Bin Hashim dari tahun 1972 hingga 1982. Kemudian PPD Segamat telah diterajui oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Tuan Haji Mohd. Ralib bin Anuar, Tuan Haji Md.Yusof Bin Mohd Khalid, Tuan Haji Jailani Bin Rusni, Tuan Haji Rohani Bin Shariff, Tuan Haji Ahmad Bin Wagiman , Tuan Haji Jamian bin Jaffar , En. Kamsani Bin Selamat , En. Md. Esa Bin Sudir @ Sudin , En.Yasiran bin Maskom dan En Azman bin Adnan.  PPD Segamat berpindah ke bangunan baru di tapak khas beralamat di JKR 1884, Jalan Aji, Segamat mulai Oktober 2003.. 

Kini organisasi PPD Segamat terdiri daripada 82 orang pegawai dan anggota khidmat pelaksana . Organisasi tersebut terbahagi kepada 8 unit iaitu Unit Pembangunan dan Organisasi, Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Pembangunan Manusia, Unit Pembangunan dan Perolehan, Unit Pengurusan Maklumat, Unit Psikologi Dan Kaunseling dan Unit Pengurusan Kualiti/Inovasi.

Para Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Penyelia dan Anggota khidmat Pelaksana lain bertanggungjawab membantu Pegawai Pendidikan Daerah ke arah pentadbiran PPD yang teratur dan cemerlang.  Jumlah sekolah di bawah kawalan PPD Segamat pada 31 Oktober 2016 adalah sebanyak 110 buah sekolah merangkumi 85 buah sekolah rendah dan 25 buah sekolah menengah dengan bilangan guru seramai 3465 orang, 668 orang kakitangan bukan guru dan murid seramai 34417 orang dan murid prasekolah seramai 1764.




PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT
JKR 1884, JALAN AJI,
85000 SEGAMAT, JOHOR
Tel : 07-9311132, 07-9312476, 07-9323306, Fax 07-9213223

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi 
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Slogan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

 “BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI”


Moto

”SEGAMAT UNGGUL”



Carta Organisasi

Unit Pengurusan Maklumat (ICT)

Objektif Unit Teknologi dan Maklumat
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

  1. Mempunyai program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa  yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan.

  2. Mewujudkan/menyediakan program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan ICT di peringkat PPD.

  3. Menyediakan maklumat yang berkualiti untuk keperluan semua peringkat di KPM, JPN dan PPD untuk pengurusan dan pentadbiran.

  4. Mempunyai mekanisme pemantauan dan pelaksanaan program-program yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang lebih berkesan dan cekap serta mengumpul, menganalisis serta memastikan kesahihan data dan maklumat yang dikumpulkan  di peringkat jabatan.

  5. Mempunyai sistem pengesanan dan pemantauan yang efisyen dalam pengurusan data dan maklumat.


 Lokasi Pejabat  Pendidikan Daerah Segamat