Terima kasih diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat
(ICT) kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk menjalani latihan industri di sini selama 5 bulan. Pelbagai
perkara yang telah dapat saya pelajari sepanjang latihan industri ini
berlangsung.
Bagi pendapat saya, latihan industri
ini adalah salah satu langkah untuk para pelajar kerana ianya memberi impak
yang berkesan iaitu pelajar dapat mempelajari, meningkatkan pengetahuan dan
memperoleh pengalaman baru sebelum menempuh ke alam dunia pekerjaan yang
sebenar kelak. Latihan industri ini perlu diteruskan supaya dengan cara ini
pelajar dapat belajar untuk merasai pengalaman sebagai seorang perkerja bawahan.
Pada pemerhatian saya, terdapat
beberapa kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang latihan industri
ini dijalankan.
Antara
kelemahan dan kelebihan yang saya telah perhatikan bagi pihak organisasi perlu pertingkatkan
ialah :
- Pihak firma
perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar diperlukan
untuk membina sistem dan ada beberapa perkara tidak pernah dipelajari sebelum
ini maka perlu diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana membangunkan
sistem ini banyak memberi tekanan kepada para pelajar.
- Pihak
Politeknik perlulah menghubungi pihak syarikat untuk mengetahui perkembangan
aktiviti-aktiviti pelajar yang menjalani Latihan Industri. Dalam hal ini, dapat
memberikan kesan yang baik kepada syarikat untuk menerima pelajar Politeknik
menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut pada masa akan datang. Mungkin
juga penyelia ingin menyampaikan beberapa perkara atau aduan kepada pihak
Politeknik sekiranya pelajar ada membuat masalah.
- Staf-staf yang bekerja di syarikat ini amat ramah dan boleh membantu
serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.